ORGAN RESPIRASI
 
  
  
ALVEOLUS

Setiap pasang paru-paru mengandungi lebih kurang 300 juta alveolus yang dilitupi dengan satu jaringan kapilari darah. Alveolus dapat membesarkan luas permukaan paru-paru sekitar 50 hingga 100 meter persegi bagi membolehkan pertukaran gas berlaku. Alveolus ibarat satu balang kosong yang sangat kecil. Dinding alveolus hanya terdiri dari satu lapisan sel sahaja.
Terdapat bendalir badan yang memisahkan alveolus dengan dinding kapilari pulmonari.Dinding alveolus dan kapilari yang nipis (satu lapisan sel epitelium sahaja) membenarkan pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida berlaku melalui proses resapan.
|